Wednesday, October 13, 2010

Kaum laki wajib baca! Mengapa Lelaki Kahwin Lambat?

Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Biar saya berikan satu contoh
Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip, boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung  artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport  (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun

Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.

Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.  Ini  berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu. 

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda :  berapa-berapa yang u sanggup
anda :  RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh'  * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANA NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang.  wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :
Budaya kita yang tak kene tempat.  Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.  Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1)    Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada menda menda yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pond ah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2)    “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia, bertahun dulu.  Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan menda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3)    Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?

...dan yang si lelaki menangung bebannya...



Wednesday, October 6, 2010

Erti Disebalik Kesetiaan

 
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Tuesday, October 5, 2010

Petua Mencantikkan Rambut


1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu
ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- urangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu.
caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air
limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum
mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan
menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.
untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

Kuku

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
 
The Truth
 
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

 
Percayalah.
 
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
 
Additional info
 
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1]
jari manis
2]
jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah
meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang
kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Monday, October 4, 2010

Faedah berkahwin

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak.

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari.

Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer.

Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.

Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda.

Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.

INFO: Alzheimer

Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

Menjadi punca keenam kematian utama.

Sunday, October 3, 2010

CINTA VS SAYANG

1 - Di hadapan orang yg kita cinta,hati kita akan berdegup kencang....
Tapi di hadapan orang yg kita suka,hati kita akan gembira...
2 - di hadapan orang yg kita cinta,musim sentiasa berbunga-bunga..
Di depan orang yg kita suka musim berangin sahaja...
3 - kita akan merasa kaku,bila melihat mata orang yang kita cintai..
kita akan tersenyum dan suka bila melihat mata orang yang kita suka..
4 - Lidah kita akan kelu utk berkata-kata bila berhadapan dengan orang yg kita cinta...
Lidah kita bebas utk berkata apa sahaja,pada orang yg kita suka...
5 - kita akan menjadi malu,dihadapa orang yg kita cinta...
Kita akan tunjukkan imej yg sebenar pd orang yg kita suka...
6 - kita tidak merenung mata orang yg kita cintai..
Tapi kita selalu merenung mata orang yg kita suka...
7 - kita akn turut menangis bila orang yg kita cintai menangis...
Kita akn gembirakan orang yg kita suka bila dia menangis....
8 - perasaan cinta bermula dari kata....perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi,jikalau kita berhenti menyukai seseorang,umpama kita telah membuang telinga kita...
Tapi jika kita menutup mata cinta berbuah menjadi airmata....
 
SETIAP ORANG AKAN MENGALAMI INI DALAM HIDUP MEREKA.....

Apa Benar Cinta Itu Buta...?

Di malam yang dingin ini
Aku merasakan bayang-bayangmu
Mungkin karena aku tak jujur padamu
Malah, aku selalu berfikir buruk tentangmu

Nak ku katakan, tapi aku tak yakin
Kupendam, tapi luka hati semakin lara
Atau, aku biarkan lukaku ini
Menjadi peluru yang tak akan keluar dari mulut senapan

Berapa lama lagi aku menanti saat-saat itu
Atau, mungkin tak akan datang saat-saat itu
Berlimpahan kasih sayang kucurahkan buatmu seorang
Tapi kau tak balas rasa sayangku

Atau semua itu harus kuanggap sebagai mimpi
Mimpi yang tak akan tergapai oleh tanganku ini
Atau malah aku harus terus mengejar mimpi itu
Mimpi yang sudah jelas tak kan mungkin tercapai

Jika benar cinta itu buta,
Apa memang sudah buta hatiku?
Berkali-kali kau campakan,
Masih juga ku mengharapmu……

Memang apa salahku?
Yang ku ingin darimu hanya ketulusan cintamu
Bukan semua yang kau miliki
Tapi sudahlah, kalau memang kau tak memberiku sedikit harapan
Apalah artinya sebuah penantian,
Kalau akhirnya akan terluka jua……..

Friday, October 1, 2010

Nak Berjiwang Plak..Apakah Cinta Itu?

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab, 
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, 
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, 
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.  

Tuhan mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya boleh tertanam dalam. 
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang2 sulit untuk dingerti, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia akan memberikan yang lebih baik. 
Mengapa menunggu? 
Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa. 
Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin tersalah. 
Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu. 
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu, 
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, 
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu. 
Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, pertimbangkan dengan sebaiknya.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, 
pertimbangkan dengan apa yang ada. 
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Kerana hidup ini terlampau singkat untuk dihabiskan bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri. 
Perlu kau ketahui bahawa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam, 
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari, 
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan, 
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan. 
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia. 
Walaupun menunggu membuatkan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan. 
Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, karena alasan yang penting.


harap2 faham la yer..;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...